Putrajaya, 3 Disember – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebelas lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan hari ini.
Menurut kemaskini KKM, kematian tersebut melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Johor, Kelantan dan Sabah.
Kesemua mereka merupakan warga emas berusia 50 sehingga 81 tahun di mana sepuluh daripadanya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung dan darah tinggi.
Berikut merupakan ringkasan maklumat mengenai sebelas korban COVID-19 hari ini.
Sumber: KKM