Siakap Keli
Gambar: Makassar Iinfo

(Video) Tular Video Dirinya Hampir Terjatuh, ‘Runner’ OKU Ini Gembira Dapat Kaki Palsu, Jadikan Semangat Untuk Bekerja

Kekurangan tidak menghalang seorang lelaki untuk terus mencari rezeki halal dengan menjadi ‘runner’ dipercayai di Tenggarong, Kalimantan Timur.

Menurut laporan Kaltim Suara.com, lelaki bernama Lukman, 29 tahun itu mendapat simpati warga maya selepas hampir terjatuh ketika ingin keluar daripada sebuah restoran di sana.

Dalam video tular, lelaki berkaki satu itu dilihat berjalan menggunakan sokongan tongkat pada kaki sebelah kiri. Namun sebelum sempat sampai kepada motosikal miliknya, lelaki itu nyaris terjatuh setelah terlepas topang berkenaan.

Susulan videonya yang tular, Lukman telah dihadiahkan kaki palsu hasil sumbangan orang ramai. Berdasarkan laporan itu, salah satu kaki Lukman menjadi kudung selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan ketika sekolah menengah.

Semoga dipermudahkan segala urusan Lukman serta semua yang sedang mencari rezeki halal buat diri dan keluarga.

Sumber: Kaltim Suara.com, Makassar Iinfo

Amira

Love yourself.