Siakap Keli
kluster baru covid-19

TERKINI: 8 Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan KL, Johor, Pahang, Perak, Selangor Dan Kelantan

Putrajaya, 4 Disember – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan lapan lagi kluster baharu COVID-19 yang dikesan di Malaysia hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Dri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster itu melibatkan negeri Johor, Pahang, Perak, Selangor, Kelantan dan WP Kuala Lumpur.

Kesemua kluster ini menyumbang sebanyak 104 kes baru pada hari ini. Daripada jumlah itu, tiga kluster melibatkan penularan di tempat kerja, tiga lagi dikesan hasil saringan individu bergejala, satu kluster dikesan melalui saringan kontak rapat dan satu kes SARI.

Berikut merupakan ringkasan maklumat kluster-kluster berkenaan;

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.