Siakap Keli
Gambar via Heta News

Bahrain Ikut Jejah UK, Muncul Negara Kedua Luluskan Vaksin COVID-19 Pfizer

MANAMA: Bahrain menjadi nergara yang kedua selepas UK yang meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Pfizer&BioNTech.

“Persetujuan vaksin Pfizer&BioNTech akan menambahkan lapisan penting kepada respon COVID-19 nasional kerajaan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif NHRA, Dr. Mariam Al Jalahma.

Pengesahan kelulusan oleh National Health Regulatory Authority (NHRA) Bahrain, diikuti analisis dan tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Ini adalah persetujuan kedua Bahrain untuk vaksin COVID-19 EUA, setelah persetujuan kerajaan pada bulan November mengenai vaksin Sinopharm yang digunakan oleh pekerja barisan hadapan.

Bukan itu sahaja, strategi respon COVID-19 “Uji, Jejak dan Rawat” di Bahrain dengan salah satu kadar ujian tertinggi per kapita di dunia telah terbukti berkesan. Ia berkesan untuk mematahkan rantaian jangkitan, menguruskan jumlah kes serta menyelamatkan nyawa.

“Kelulusan ini adalah tujuan yang telah kami usahakan sejak pertama kali kami menyatakan bahawa sains akan menang. Malah, kami memuji Penguasa Peraturan Kesihatan Nasional di Bahrain atas kemampuan dalam melakukan penilaian yang teliti serta mengambil langkah yang tepat pada masanya untuk membantu melidungi rakyat Bahrain,” kata Lindsey Dietschi, Pfizer Gulf Cluster Lead.

Sumber: Bahrain News Agency

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.