Siakap Keli
Gambar Via Luxurylaunches

Bakal Jadi Jutawan, Nelayan Jumpa ‘Bongkah Batu’ Dipercayai Bernilai Tinggi Ketika Berjalan Di Pantai

Seorang nelayan di Thailand dilaporkan bakal menjadi seorang jutawan apabila menemui ‘batu’ di tepi pantai pada minggu lalu.

Menurut laporan Coconuts.co, nelayan itu, Narit Suwansang, melihat beberapa ‘batu besar’ yang kekuningan ketika sedang berjalan di tepi pantai.

Dia dipercayai tidak pernah menemui sesuatu seperti itu sebelum ini dan segera pulang ke rumah dan mengumpulkan ahli keluarganya untuk kembali ke pantai dan mengambil ‘artifak misteri’ dari situ.

Setelah menyelidik segala maklumat di dalam laman web, dia percaya bahawa itu adalah batu sisa buangan ikan paus atau ambergris yang turut mengeluarkan bau pelik.

Gambar Via Luxurylaunches

Batu itu dipercayai seberat 100 kilogram dan merupakan ambergris yang paling berat ditemui dalam sejarah.

Ambergris sangat berharga kerana ia juga digunakan di dalam industri minyak wangi dan kosmetik global sehingga nilainya dianggarkan sekurangnya-kurangnya 100 juta bath (lebih dari RM13 juta).

Nelayan itu juga berkata bahawa seorang ahli perniagaan dari Phuket telah menawarkan untuk membayar batu itu sebanyak 960, 000 bath (RM128, 974) bagi sekilogram jika batu itu betul-betul daripada muntah ikan paus gred A.

Dia juga mengalu-alukan kedatangan penyelidik daripada universiti tempatan dan biologi marin untuk menganalisis muntah berharga itu.

Sumber: Coconuts.co

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.