Siakap Keli
Gambar Via Google

Perhatikan 4 Jenis Warna Asap Ekzos Ini, Tanda-tanda Kereta Ada Masalah Semua Pemandu Kena Tahu

Bagi yang mempunyai kereta, anda pasti tahu bahawa banyak perkara yang perlu diberi perhatian sama ada perkara besar atau kecil kerana ia boleh memberi kesan kepada kereta yang dipandu.

Mungkin ada di antara anda yang tidak terfikir bahawa asap kereta juga sebenarnya memainkan peranan penting dalam memberi amaran terhadap ‘kesihatan’ kereta anda.

Kalau anda perasan, kereta yang telah lama digunakan biasanya mengeluarkan asap pelbagai warna.

Menurut Carmudi Philippines, warna tersebut sebenarnya juga mempunyai maksud yang berbeza.

Asap hitam

Sekiranya asap yang keluar dari ekzos anda berwarna hitam, ini biasanya bermaksud enjin anda tidak mendapat udara yang cukup sehingga akhirnya membakar terlalu banyak bahan api.

Anda perlu periksa penapis udara untuk melihat sama ada ia tersumbat dan bersihkan atau gantikannya mengikut kesesuaian anda.

Sekiranya penapis udara baik-baik saja tapi saluran ekzos masih mengeluarkan asap hitam, masalahnya mungkin ada pada injektor bahan api, manifold atau bahagian lain.

Asap biru

Apabila asap berwarna biru pula, ia disebabkan oleh kebocoran minyak di dalam enjin dan mungkin boleh membakar minyak hitam.

Masalah yang menyebabkan kebocoran minyak di dalam enjin termasuk penutup injap yang rosak, dinding silinder yang lama atau piston rings yang patah.

Asap kelabu

Asap kelabu memperlihatkan bahawa enjin anda mungkin membakar minyak gear, masalah ini sering disertai dengan bau terbakar yang kuat.

Punca lain adalah mungkin disebabkan oleh pengecas turbo yang salah dan enjin menggunakan terlalu banyak minyak.

Asap putih

Asap putih pula menunjukkan berlakunya kebocoran pada bahagian penyejuk, masalahnya terdapat pada gasket kepala enjin kereta anda.

Sumber: Carmudi Philippines

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.