Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Taylor Auto Glass/Top Speed

Tak Sangka, Rupanya Ini Fungsi Garisan Di Cermin Belakang Kereta Yang Ramai Tak Tahu

Setiap kenderaan pasti mempunyai pelbagai ciri yang bukan sahaja dijadikan sebagai perhiasan semata-mata namun berfungsi sebagai alat keselamatan.

Jika anda perasan, sesetengah kereta mempunyai jalur pada bahagian cermin belakang. Dipanggil sebagai ‘defoggers’, jalur tersebut mempunyai fungsi yang penting untuk memudahkan pemandu kereta.

Gambar Via Taylor Auto Glass

Bagi yang masih tidak tahu, ‘defoggers’ merupakan jalur filamen elektrik yang boleh menghasilkan haba sekiranya cermin belakang kereta anda mula kelihatan kabur kerana kelembapan.

Menurut Top Gear Philippines, jalur tersebut kebiasaannya sangat berfungsi bagi kenderaan yang berada di iklim sejuk berbanding kawasan tropika.

Satu butang khas perlu ditekan bagi mengaktifkan dan mematikan elemen pemanasan tersebut iaitu dengan ikon segi empat tepat dan tiga anak panah yang beralun.

Gambar Via Windshield Experts

Menariknya, cermin depan kereta juga sebenarnya dilengkapi dengan ‘defoggers’ namun ia ditukar dalam bentuk lubang pada bahagian bawah cermin kerana jalur tersebut akan menghalang pandangan semasa memandu.

Sumber: Top Gear Philippines

Sofea

There's always another side to every story