Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selalu Dengar Nama Macam Barang Kemas, Rupanya Ini Maksud Setiap Jubli Yang Ramai Tak Tahu

jubli
Kredit: ChatGPT

Pernah tak anda dengar orang sebut ‘Jubli Emas’ atau ‘Jubli Perak’ ketika sesuatu sambutan? Biasanya kita baca dan dengar begitu sahaja tanpa fikir apa maksudnya.

Tapi kalau ada orang tanya apa beza antara kedua-duanya, boleh jawab terus atau kena Google dulu?

Rupanya, setiap nama jubli ini membawa maksud tersendiri. Bukan boleh pilih mana yang kedengaran paling ‘mahal’ ya!

Jadi, apa sebenarnya jubli dan bagaimana hendak membezakan setiap satunya? Jom kita fahami.

Apa itu Jubli?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jubli merujuk kepada perayaan untuk memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa penting, seperti hari perkahwinan atau hari pertabalan raja.

Senarai Jubli

Jubli Perak - Perayaan memperingati ulang tahun yang kedua puluh lima

Jubli Emas - Perayaan memperingati ulang tahun yang kelima puluh

Jubli Intan - Perayaan mem­peringati ulang tahun yang keenam puluh

Jubli Platinum - Perayaan memperingati ulang tahun yang ketujuh puluh

Selepas ini, kalau nampak perkataan ‘Jubli Emas’ pada kain rentang sekolah lama, bolehlah terus tahu sekolah itu sedang meraikan usia setengah abad.

Tak perlulah lagi meneka-neka maksud nama di sebalik sambutannya.

Semoga bermanfaat.

Sumber:DBP
Intipati
  • Jubli bermaksud perayaan memperingati ulang tahun sesuatu peristiwa penting.
  • Kamus Dewan memberi contoh jubli bagi hari perkahwinan atau pertabalan raja.
  • Jubli Perak, Emas, Intan dan Platinum masing-masing merujuk ulang tahun ke-25, 50, 60 dan 70.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan