Siakap Keli

Kenapa Kita Selalu Sebut Sambutan ‘Ulang Tahun’ Dan Bukan ‘Tambah Tahun’? Ini Jawapannya

Setiap tahun kita menyambut ulang tahun mengikut bulan kelahiran masing-masing. Sambutan ulang tahun kelahiran biasanya disambut mengikut cara dan budaya tersendiri. Ada yang sambut bersama ahli keluarga secara besar-besaran, ada juga yang menjemput rakan-rakan, jiran-jiran untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran. Tidak lengkap rasanya menyambut ulang tahun kelahiran tanpa diberi apa-apa hadiah ataupun sesuatu yang berharga.

Persoalannya, mengapa kita sering sebut ulang tahun bukan tambah tahun?

Asal Usul sambutan Ulang Tahun

Sambutan ulang tahun berasal dari fahaman paganism. Menurut “The Encyclopedia Americana (1991)” di dunia kuno Mesir, Greece, Rome dan Parsi menyambut ulang tahun “tuhan-tuhan”, raja-raja dan pembesar-pembesar. Pengarang buku Ralph dan Adelin mengatakan bahawa di Mesopotamia dan Mesir, tempat bermulanya tamadun manusia adalah tempat bermulanya manusia mengingati dan menghormati ulang tahun (birthday). Ia menyimpan rekod tarikh ulang tahun di dunia kuno tersebut adalah penting kerana tarikh lahir adalah penting dalam meramalkan dalam ilmu nujum (horoscope).

Istilah paganism merupakan satu amalan spritual dan agama yang diamalkan pada zaman sebelum era kristian di Eropah. Kemudian istilah itu berkembang menjadi satu amalan spiritual dan agama selain dari agama Abrahamic yaitu agama Islam, Kristian dan Judaism.

Setelah menteliti makna di sebalik paganism, orang Yahudi pada zaman kuno itu tidak membuat sambutan ulang tahun kerana mereka menganggap ia sebagai satu paganism.

Kredit: Google

Lagu Happy Birthday

Pada asalnya  melodi lagu happy birthday ditulis oleh Mildred Hill dan Dr. Patty Hill pada tahun 1893 yang bertajuk “Good Morning to All”. Kemudian, Patty Hill mengubah lirik lagu tersebut kepada lagu happy birthday dengan menggunakan melodi yang sama. Sebuah syarikat bernama The Summy Company telah mendaftarkan hakcipta lagu ini pada 1935 dengan menyatakan Preston Ware Orem dan Puan R.R. Forman sebagai sebagai pengarang lagu ini.

Kredit: Google

Fahami Maksud Ulang Tahun

Perkataan ulang tahun sebenarya diambil dari Bahasa Belanda iaitu “verjaardag” yang membawa maksud ‘ver’- : pertukaran, ‘jaar’ : tahun dan ‘dag’ : hari. Orang belanda membuat acara ulang tahun secara berulang-ulang kali dan bukannya usia seseorang itu dari bermula dari bila. Mereka menggunakan perkataan “verjaardag” bukan sahaja menyambut ulang tahun kelahiran sahaja malah perkataan “anniversary” turut digunakan dalam sambutan hari yang penting.

Sambutan ulang tahun yang bermakna bukan sahaja dilihat pada pemberian hadiah atau membuat pesta makan secara besar-besaran. Ia boleh dimanfaatkan dengan muhasabah diri, perbetulkan kesilapan-kesilapan lalu dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik. Semakin bertambah usia, semakin banyak waktu yang kita guna sepanjang hidup.

Tanpa disedari, ulang tahun sebenarnya memberi kesedaran kepada kita bahawa hidup ini semakin singkat. Setiap kali kita mengingati ulang tahun, banyak ucapan dan doa daripada keluarga dan rakan-rakan. Sedarkah kita, ulang tahun yang sering kita ucap pada tiap tahun memberi peluang kepada kita untuk memanfaatkan kehidupan dengan lebih baik tanpa menoleh kebelakang mengenang kisah yang lalu.

Selain itu juga, ulang tahun yang diucapkan memberi peluang kepada kita supaya lebih bersyukur. Misalnya tarikh lahir menentukan kelahiran kita dari rahim ibu. Oleh itu, bersyukur dengan nikmat Tuhan kita masih diberi peluang untuk hidup. Ulang tahun akan memberi makna yang paling berharga sekiranya kita bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang diberi oleh Tuhan dan nikmat kesihatan yang baik bermula dari kita hidup sampai sekarang.

Kesimpulannya, dalam kita bergembira menyambut ulang tahun kelahiran, pastikan kita mengingati mati kerana pertambahan umur menjadi sebab kita semakin berusia. Oleh itu, ulang tahun yang diucap menyedarkan kita tentang kesilapan yang telah lalu dan bukannya tambah tahun kerana kita tidak pasti selama berapa tahun kita boleh hidup.

Rujukan

(1) Jawahir Gustav Rizal (2020) Fakta Ulang Tahun dan Mengapa Tidak Disebut dengan Tambah Tahun… Sumber dipetik daripada https://www.kompas.com/tren/read/2020/10/18/170500165/fakta-ulang-tahun-dan-mengapa-tidak-disebut-dengan-tambah-tahun-?page=all&fbclid=IwAR2W7urlF2xgNQWWp-5o6iyqgD4tV1zkrik2pgyXNVoxVECyfgw4qAeBQuk

(2) Syahirul Alim (2017) Ulang Tahun atau Hari Lahir? Sumber dipetik daripada https://www.kompasiana.com/syahirulalimuzer/599e11a046b8d7088f7faad2/ulang-tahun-atau-hari-lahir?page=all

(3) Mochammad Bayu Tjahono (2020) Memaknai Ulang Tahun. Sumber dipetik daripada https://www.pajak.go.id/id/artikel/memaknai-ulang-tahun

(4)  Aura.co.id (2016) Apa Sebenarnya Makna Ulang Tahun, Menjadi Dewasa atau Sekadar Bertambah Tua? sumber dipetik daripada https://aura.tabloidbintang.com/psikologi/read/45696/apa-sebenarnya-makna-ulang-tahun-menjadi-dewasa-atau-sekadar-bertambah-tua

(5) Olphi Disya (2017) Inilah 7 Fakta Unik Ulang Tahun yang Belum Banyak Orang Tahu. Sumber dipetik daripada https://www.yukepo.com/hiburan/life/inilah-7-fakta-unik-ulang-tahun-yang-belum-banyak-orang-tahu/

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.