Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Enggan Makan Dan Minum, Anjing Ini Setia Menanti Tuannya Yang Telah Meninggal Dunia

Seekor anjing malang  di China enggan makan dan minum kerana setia menunggu tuannya untuk kembali. Rakaman video menunjukkan anjing tersebut kelihatan sedih dan tidak berdaya sambil terbaring di tanah yang dipenuhi dengan surat khabar.

Menurut laporan, anjing tersebut dipercayai menunggu kepulangan tuannya kembali sejak tuannya meninggal. Pemilik anjing tersebut merupakan seorang octogenarian yang telah menjaganya selama 15 tahun.

“Sejak lelaki tua itu tiada, anjing itu tidak ingin makan dan minum malah terbaring di kawasan sampah,” kata penduduk setempat.

“Tuannya telah menjaganya selama 14 hingga 15 tahun. Anjing tersebut berkelakuan seperti itu kerana mempunyai sifat kesetiaan,” tambahnya lagi.

Namun begitu, video yang dimuat naik bertujuan untuk menyeru orang ramai untuk sama-sama membantu anjing tersebut.

Sumber: Daily Mail

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia