Siakap Keli
Gambar Hiasan(Kiri) via Google

Gara-Gara Tak Dimasakkan Nasi, Lelaki Didakwa Tergamak Pukul Ibu Kandung Sendiri Guna Kayu Hingga Maut

Seorang lelaki yang berusia 28 tahun tergamak memukul ibu kandungnya sendiri sehingga meninggal dunia hanya kerana ibunya itu tidak memasakkan nasi untuknya, lapor Tribun.

Mangsa yang berusia 52 tahun dilaporkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Kejadian penganiayaan itu dilaporkan berlaku pada Sabtu di Dusun Muara Tolang, Desa Doloksaut, Indonesia.

Ketua Polis Taput AKBP Jonner Samosir SIK melalui Unit Siasatan Jenayah AKP Jonser Banjarnahor semasa siaran akhbar di Polis Taput pada Rabu telah mengesahkan kejadian itu.

“Kejadian penganiayaan yang dilakukan oleh suspek terhadap ibu kandungnya sendiri telah berlaku pada Sabtu, jam 10.00 pagi di rumahnya sendiri,” kata Ketua Polis Taput AKP Jonser Banjarnahor pada Rabu.

Kejadian tersebut difahamkan mula berlaku apabila suspek bertanyakan berkenaan nasi kepada ibunya itu.

“Dari maklumat yang diperolehi hasil daripada siasatan, kejadian itu bermula ketika suspek bangun daripada tidur pada pukul 9.00 pagi. Suspek telah meminta ibunya untuk menyediakan nasi,” sambungnya.

Mangsa telah menyarankan mangsa agar pergi ke rumah jirannya untuk makan kerana terdapat sedikit jamuan di rumah jirannya, namun suspek berkeras menolak saranan itu.

“Mangsa kemudiannya menjawab, saya tidak masak nasi di rumah, saya masak nasi di rumah jiran kerana ada jamuan, jika anda mahu makan, makan di sana sahaja. Namun suspek tidak dapat menerima jawapan itu sehingga berlakunya pertengkaran di rumahnya,” sambungnya.

Pertengkaran tersebut mula bertukar ganas apabila suspek bertindak memukul ibunya sendiri menggunakan sebatang kayu pada bahagian kepala.

“Setelah bertengkar, suspek telah mengambil kayu api dari luar rumah dan kemudian memukul kepala kanan ibunya itu dengan kuat. Ibunya masih belum rebah, kemudian suspek memukul kepala kirinya dengan sekuat tenaga sekali lagi sehinggalah ibunya itu jatuh,” sambungnya.

Selain daripada itu, dia juga turut menyatakan suspek mengaku bahawa dia telah memukul ibunya sendiri.

“Setelah ibunya terjatuh dan berlumuran darah, suspek telah meninggalkannya dan memberitahu jiran bahawa dia telah memukulnya dan mangsa sedang berada di rumah,” katanya.

Selepas mendengar maklumat itu, jiran-jiran segera bergegas ke rumah mangsa.

Jiran-jirannya tiba dan terus bergegas membawa mangsa ke hospital, namun dalam perjalanan dia ke hospital, mangsa telah meninggal dunia,” lanjutnya.

Dia juga menambah bahawa suspek, yang merupakan anak sulung dari dua beradik, telah tinggal bersama di rumah kerana ayahnya telah lama meninggal dunia.

Setelah ketua kampung mengetahui akan kejadian itu, pihak polis segera dihubungi.

Selepas anggota polis tiba di lokasi kejadian, mereka telah menahan suspek bagi membantu siasatan.

Susulan daripada tindakannya itu, suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun jika didapati bersalah.

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.