Krew Helikopter Penyelamat Westpac Aucland dilaporkan berjaya menangkap gambar sekumpulan pokok yang berbentuk hati di tengah-tengah hutan kecil. Penemuan yang luar biasa tersebut telah menarik perhatian warganet dan ia digelarkan sebagai “jantung hutan”.
Berikutan itu, pasukan Westpac Rescue mendakwa bahawa ia adalah pertama kali dilihat dan mereka berkongsi kejadian tersebut di laman Facebook mereka. Walau begitu, beberapa komen mengatakan bahawa ianya merupakan karya Wayne Barnes di mana beliau telah membangunkan kawasan tersebut sebagai tanda romantik terhadap isterinya, Rosie.
Bukan dari pandangan langit sahaja, anda turut boleh melihat penghormatan romantik Barnes terhadap isterinya apabila menyusuri Hills Road di kawasan Air Terjun Kaipara.
Tambahnya, pemandangan tersebut sangat popular di kalangan penduduk setempat di Air Terjun Kaipara. Screengrab mengatakan pokok-pokok berbentuk hati itu akan betukar warna menjadi coklat kemerahan apabila tibanya musim gugur. Ia menambah lagi keunikkan serta kecantikkan yang menakjubkan terhadap latar belakang hijau dan kekuningan.
Pada ketika dahulu, pasukan Westpac Rescue juga pernah memaparkan beberapa corak pokok yang menakjubkan seperti hutan yang berbentuk gitar raksasa yang ditanam oleh seorang petani Argentina, tanda tangan terbesar di dunia dan hutan berbentuk Lenin di Siberia.
Check out this amazing image. It was snapped by Tinny on the way to a mission in Northland. Taken at 5.41pm as crew flew…
Posted by Westpac Rescue – Auckland on Saturday, November 28, 2020
Sumber: Oddity Central