Siakap Keli
Kredit: Bernama

Bayi Ditikam Bapa Selamat Jalani Pembedahan, Berada Dalam Keadaan Stabil

Putrajaya, 13 Disember – Bayi perempuan berusia 20 bulan yang cedera ditikam bapa seperti yang dilaporkan semalam berada dalam keadaan stabil.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), mangsa telah menerima rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang dan selamat menjalani pembedahan di Hospital Tunku Azizah.

“Pihak Kementerian Kesihatan akan terus membuat pemantauan rapi dan memberikan rawatan yang diperlukan. Sama samalah kita mendoakan agar pesakit segera sembuh,” tulis Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hj Rohaizat Bin Hj Yon sebentar tadi.

Dalam kejadian semalam, suspek berusia 27 tahun telah ditahan selepas pihak polis menerima laporan orang awam pada petang semalam.

Suspek yang sedang mengamuk dipercayai telah menggunakan pisau pemotong roti untuk menikam perut mangsa, lapor Bernama.

Susulan itu, pihak polis telah menjalankan ujian saringan air kencing bagi mengenal pasti sama ada suspek berada di bawah pengaruh dadah.

13 Disember 2020 "BAYI DITIKAM BAPA SEDANG DALAM RAWATAN DAN DALAM KEADAAN STABIL"*Merujuk kepada laporan akhbar kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, December 12, 2020

Sumber: KKM, Bernama

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.