Wanita kacukan Vietnam-Malaysia, Jocelyn Yow menjadi datuk bandar bukan berkulit putih yang termuda di California, lapor CBS Los Angeles.
Menurut laman rasmi Norco College, ibu muda berusia 25 tahun itu telah dilahirkan di San Jose dan sempat menamatkan pembelajaran peringkat menengah di Malaysia sebelum berpindah ke Eastvale sejak 2011.
Beilau kemudiannya telah dipilih sebagai datuk bandar sementara Eastvale pada 2018 sebelum dilantik sebagai datuk bandar pada tahun ini.
Beliau yang juga merupakan graduan Norco College dan UC Berkeley kini sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat Master di Harvard Extension.
“Menjadi ibu baru kepada bayi berusia enam bulan menyemarakkan semangat saya untuk berkhidmat kepada komuniti,” katanya seperti dipetik media tempatan.
“Kerajaan tempatan membuat keputusan yang memberi kesan kepada kehidupan seharian kita di mana kita boleh melihat demokrasi bertindak.”
“Sementara saya wanita bukan berkulit putih termuda dan salah seorang daripada sebahagian kecil ibu muda yang berkhidmat sebagai datuk bandar di California, saya berharap ramai wanita dan ibu muda mengikuti jejak ini.”
Yow pernah menjawat jawatan sebagai wakil daerah untuk Senat Negeri California dan sebagai pembantu Dewan Perwakilan AS.
Being a new mom further fuels my passion to serve my community. I want to make sure we’re shaping a better future for the next generation of Eastvale residents. Thank you to my colleagues for the unanimous votes. Press release ⬇️ #Eastvale #EastvaleCA pic.twitter.com/t5NypoBHaQ
— Jocelyn Yow (@Jocelyn_Yow) December 10, 2020
Happy #APAHM! I‘m the proud daughter of a Vietnamese refugee & a Malaysian immigrant. Everyday I‘m grateful for my family who came before me, paving the way for me to become the first #MalaysianAmerican elected to public office in the US #AAPI #AAPIHeritageMonth #AAPIHM pic.twitter.com/IPI5hx8mgX
— Jocelyn Yow (@Jocelyn_Yow) May 3, 2020
Sumber: CBS Los Angeles, Norco College