Siakap Keli
Gambar Via Daily Mail

Disyaki Ada Masalah Mental, Lelaki Ditahan Selepas Panjat Sayap Pesawat Yang Akan Berlepas

Seorang lelaki di las Vegas ditahan pada Sabtu lalu setelah memanjat sayap pesawat Alaska Airlines yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran.

Gambar Via Daily Mail

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki itu dilihat berjalan di sayap kapal terbang pada sekitar jam 1.30 tengah hari waktu tempatan.

Dia dilihat membuka kasutnya ketika cuba memanjat sayap pesawat Boeing 737 tersebut.

Gambar Via Daily Mail

Menurut Daily Mail, pegawai polis cuba mendekati lelaki itu yang tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke bawah landasan, mereka terus menahan lelaki tersebut.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu disyaki menderita penyakit mental atau berkemungkinan mengalami gangguan.

Gambar Via Daily Mail

Juruterbang Alaska Airlines dilaporkan telah memberitahu kepada menara kawalan bahawa lelaki itu menghampiri pesawat tersebut sebelum dia berjaya memanjatnya.

CNN melaporkan bahawa polis telah membawa lelaki tersebut ke pusat perubatan setelah ditahan reman.

Gambar Via Daily Mail

Aksi lelaki tersebut turut mengejutkan penumpang di dalam pesawat tersebut yang juga sempat merakam kejadian itu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story