Siakap Keli
Kredit: Google

KKM Maklumkan Empat Kes Kematian COVID-19 Dicatatkan Pada Hari Ini

Sebanyak empat pertambahan kes kematian dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 419 kes bersamaan 0.5%.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini, kes kematian tersebut melibatkan tiga orang Warganegara dan seorang Bukan Warganegara.

Berikut merupakan perincian bagi kes kematian pada hari ini.

Kes kematian 416 iaitu kes nombor 52,589 melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia 40 tahun yang mempunyai penyakit kencing manis dan meninggal dunia di Hospital Labuan.

Kes kematian 417 iaitu kes nombor 67,912 melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia 50 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia. Jenazah beliau dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Kes kematian 418 iaitu kes nombor 80,659 ialah seorang perempuan warganegara berusia 46 tahun, beliau mempunyai penyakit darah tinggi, displidemia dan obesiti. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.

Kes kematian 419 iaitu kes nombor 43,969 melibatkan seorang lelaki Bukan Warganegara yang berusia 54 tahun. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga mereka.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sofea

There's always another side to every story