PUTRAJAYA, 15 Dis – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL) mencatatkan lonjakan kes harian COVID-19 tertinggi dengan 696 kes bersamaan 39.3 peratus hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 567 kes (81.5 peratus) daripada angka tersebut adalah melibatkan Kluster Tapak Bina Damanlela yang melibatkan generasi kelima dan keenam.
“Pelaporan kes kedua tertinggi mengikut negeri ini adalah dari negeri Selangor (dengan) sebanyak 503 kes bersamaan 28.4 peratus dan diikuti Sabah sebanyak 260 kes bersamaan 14.7 peratus.
“Sebanyak 120 kes (6.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (99 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (15 kes) dan Kluster Bakti (enam kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Selangor mencatatkan angka harian tertinggi selama tiga hari berturut-turut sejak 12 Dis lalu.
Sumber: KKM