Siakap Keli
Kredit: Google

TERKINI COVID-19: Kes Baharu Masih Kekal Empat Angka, 1,772 Kes Termasuk 12 Kes Import

PUTRAJAYA, 15 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 1,772 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat ke 86,618 kes dengan 14,515 kes aktif.

Daripada angka tersebut, hanya 12 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 1,760 kes berikutnya merupakan penularan tempatan.

Dalam pada itu, angka sembuh juga mencatatkan empat angka dengan 1,084 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Ia menjadikan jumlah kes pulih turut meningkat ke 71,681 kes setakat ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'