Siakap Keli
Gambar: The Logical Indian

“Saya Perlukan Seseorang Untuk Tangkap Saya,” Remaja Didakwa Tikam Ibu 118 Kali Dan Minta Polis Datang Bawa Beg Mayat

Seorang remaja lelaki dilaporkan telah menikam ibu kandungnya sendiri sebanyak 118 kali selepas mencekiknya di rumah mereka di UK dan kemudiannya dengan tenang memesan kepada pihak polis untuk “membawa beg mayat,” menurut sidang mahkamah UK.

Remaja yang berusia 17 tahun itu difahamkan sedang cuti daripada persekolahan. Suspek dikatakan mencekik ibunya yang berusia 50 tahun itu selepas mereka pulang daripada bersenam pada waktu pagi di Hampshire, lapor The Times of London, memetik sesi pendengaran daripada mahkamah pada Isnin.

Selepas berehat selama 15 minit daripada mencekik ibunya, suspek datang kembali dan bertindak menikam mangsa di bahagian dahi sebanyak 38 kali, 64 kali pada bahagian leher dan 16 kali di bahagian lengan, maklum mahkamah koroner Winchester.

Gambar: New York Post

“Saya baru saja membunuh ibu saya…Saya mencekiknya dan saya telah menikamnya dengan menggunakan pelbagai pisau serta lain-lainnya,” katanya kepada operator talian 911 di UK, sambil memaklumkan berkenaan perkara itu dengan cara yang “tenang tidak beremosi dan secara spontan” selepas melakukan pembunuhan itu pada Julai tahun lalu, menurut sesi pendengaran mahkamah.

“Saya memerlukan seseorang untuk menangkap saya, kerana itulah yang anda selalu lakukan, serta ambulans juga pasti sangat berguna,” ujar suspek kepada operator dalam rakaman panggilan yang dimainkan di mahkamah, lapor UK Times.

“Bawa sekali beg mayat atau apa sahaja yang boleh,” kata suspek.

Selain dengan perincian berkenaan peristiwa mengerikan itu, suspek juga turut memberikan maklumat mengenai perincian daripada hujung minggunya dengan menyatakan bahawa dia “makan dan pergi ke pawagam bersama dengan kawan baik saya, yang sangat baik.”

Suspek dijadualkan menjalani perbicaraan pada Oktober untuk kes pembunuhan itu, namun ditemui meninggal dunia empat hari sebelum bermulanya perbicaraan ketika di dalam tahanan sebuah pusat kesihatan mental yang dikawal ketat, kata laporan itu.

Menurut bapanya, remaja tersebut dikatakan bergelut dengan ‘masalah identiti jantina’ serta mempunyai sejarah masalah kesihatan mental dan juga pernah cuba untuk membunuh diri sebelum pada sebelum ini, kata akhbar itu.

Walau bagaimanapun, ahli psikiatri John Sandford memaklumkan pada mahkamah bahawa selain menghidapi autisme sampingan “tidak ada apa-apa yang boleh mengaitkan bahawa suspek mengalami fungsi mental yang tidak normal” ketika dia membunuh ibu kandungnya itu.

Koroner Jason Pegg menggulung keputusan pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan itu dengan menyatakan bahawa “tiada siapa yang tahu mengapa” remaja itu membunuh ibunya sendiri.

Satu-satunya orang yang tahu motifnya adalah remaja itu sendiri, dan dia kini tidak dapat untuk memberitahu kami,” kata Pegg.

Sumber: New York Post

Aqmal Ezany

I write what is right