Siakap Keli
Gambar Via Ahamad Emran

Abang Ni Kongsi Cara Nak Masak Steak Yang Sempurna, 7 Langkah Dapatkan Daging Yang ‘Juicy’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi penggemar steak, anda pasti sentiasa terbayang-bayang ketika makan hidangan tersebut di restoran dengan daging yang dimasak sempurna.

Pun begitu, hidangan tersebut juga sebenarnya boleh dimasak sendiri di rumah mengikut resepi yang betul.

Jangan risau, sebenarnya tidak susah pun untuk mendapatkan hasil daging yang diinginkan seperti medium well atau medium rare-medium.

Perkongsian Ahamad Emran di Facebook ini mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan steak yang sempurna.

Dengan 17 ribu shares di Facebook, ikuti perkongsiannya di bawah ini.

2-1½-2

Banyak kali experiment, tak dapat-dapat timing yang perfect untuk dapatkan medium rare. Mungkin sebab setiap kali beli daging, dapat different size and cut. Takpe lah. Kira lebih kurang je lah.

This time try 2-1½-2 minit pulak. End result nampak macam medium well – well done dah pulak!

Anyway, rasanya inilah antara resipi yang paling mudah.

1. Kalau boleh, simpan daging dalam peti sejuk (bukan peti ais). Kalau nak makan harini, semalam lagi dah simpan dalam peti sejuk.

2. Lumur garam (saya pakai garam yang dah ada garlic powder sekali) dan thymes. Be generous (tapi jangan terlebih sangat!) with the salt & garlic. Biar dalam 10 minit.

3. Sementara tu, panaskan pan dalam 10 minit jugak. Biar dia betul2 panas sampai berasap.

4. Masukkan daging dalam pan yang panas tu (tak pakai minyak pun). Asap akan banyak. So, pakai la dapur yang kat luar rumah kalau tak nak rumah penuh asap. Biarkan selama 2 minit. Tak payah terbalik-balikkan. Biar je.

5. Lepas 2 minit, baru terbalikkan. Kali ni buat 1½ minit pulak.

6. Bila dah siap, angkat, dan biarkan dia rest untuk 2 minit (2-1½-2). Kasi time untuk jus dalam daging tu merebak ke serata daging.

7. Enjoy your steak. Nampak tak jus daging tu banyak? Kalau daging dah habis, tapi jus tu banyak lagi, pergi cicah roti. Perghhhh

Kalau korang nak try, boleh la. Kalau dapat result yang sedap, do update me ya?

Update: saya cadangkan masa 1½-1-5 untuk medium rare-medium.

Sumber: Ahamad Emran

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.