Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Presiden Perancis, Emmanuel Macron Dilapor Positif COVID-19

Sofea
Gambar Via Britannica

Presiden Perancis, Emmanuel Macron dilaporkan telah diuji positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin selama tujuh hari, lapor BBC.

Istana Elysee mengatakan bahawa beliau diuji setelah menunjukkan gejala awal COVID-19.

Menurut Sky News, Macron akan terus bekerja dan menjalankan aktivitinya dari jauh.

Namun, kenyataan ringkas yang dikeluarkan itu tidak memberikan perincian mengenai gejala yang dialami oleh Presiden Perancis itu.

Macron juga dijadualkan untuk mengunjungi Lubnan pada minggu depan dan kini ia dibatalkan.

Sumber: Sky News, BBC