Pasti ramai diantara kita yang mempunyai masalah serangga perosak di rumah.
Dah beli pelbagai produk untuk menghalau serangga perosak ini pun, ianya tetap ‘kebal’ juga.
Justeru daripada itu, seorang pengguna Twitter bernama @ChairmanGLC ada berkongsikan caranya mengatasi masalah ini dengan menggunakan asid borik.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
3 hari lepas aku gaul asid borik dengan 2 keping biskut Tiger, lepas tu aku letak dekat bawah katil. Start dari semalam lipas mati bergelimpangan. Lipas-lipas ni datang dari mana entah tiba-tiba je serang rumah aku. 20 RT aku tunjuk cara untuk sediakan racun lipas guna asid borik pic.twitter.com/aYbRsNrpQy
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Ok ini bahan-bahan untuk hapuskan koloni semut/lipas di rumah anda. Asid borik (bukan borax) dan biskut. Aku guna biskut digestive, sebab biskut lain habis dah. Separuh cukup. Lepas tu make sure ada piring/petri dish macam ni untuk contain racun serangga ni. pic.twitter.com/2LzPFVYAHK
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Cara nak siapkan senang aje. Hancurkan biskut tu jadi serbuk halus, kemudian campurkan asid borik dengan jumlah yang sama (1:1) dan gaulkan hingga sebati. pic.twitter.com/Nb5N3NUE5l
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Lepas tu boleh guna terus. Paling efektif kalau anda letak di laluan lipas/semut tu. Nampak tak aku baru letak seminit dah berkerumun semut kat umpan tu. Gambar last tu aku letak umpan bawah katil, sebab lipas suka main bawah katil malam-malam. pic.twitter.com/vnuU9me4z5
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Cara asid borik ni berfungsi: ia menyahhidratkan badan lipas/semut, mengganggu sistem metabolisme, dan merapuhkan rangka badan (exoskeleton) mereka. Asid borik bertindak secara perlahan, tetapi sangat efektif. Ambil masa 3 hari untuk lipas-lipas mula mati. Tetapi jangan buang!
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Sebab lipas mati tu akan dimakan lipas/semut lain dan mereka juga akan mati. Kalau nampak lipas mati, sapu ke tepi, bagi lipas lain/semut makan. Sebab itu asid borik ni sangat efektif. Keturunan/rakan-rakan mereka juga akan turut mati. Macam iklan lipas Thailand tu la.
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Satu kelebihan asid borik ni adalah ia tidak terlalu toksik untuk binatang peliharaan dan manusia. Rujuk sini untuk simptom jika keracunan asid borik https://t.co/Sf2rQSUA8y.
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Boleh beli asid borik dari Lazada: https://t.co/dDhZ034vFu
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Satu je pantang kalau guna asid borik ni. Jangan basahkan. Asid borik ni tujuan dia adalah untuk menyahhidratkan serangga tu, jadi kalau dicampur air, hilanglah sifat penyahhidratan tu. Gaul dengan makanan kering. Kalau takde biskut, gula icing pun boleh. Kuning telur pun boleh.
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Untuk anai-anai boleh. Memang ubat untuk anai-anai ada letak boric acid https://t.co/pPmc2Yv6wL
— Abah (@ChairmanGLC) December 17, 2020
Sumber: @ChairmanGLC