Siakap Keli
Gambar: Facebook

Sony Tarik Balik Permainan Video ‘Cyberpunk 2077’

MOSCOW, 18 Dis – Sony Interactive Entertainment (SIE) pada Jumaat berkata akan menarik balik permainan video “Cyberpunk 2077” dari pasaran dan menawarkan bayaran balik secara penuh kepada pembeli, berikutan aduan mengenai  gangguan teknikal dan beberapa masalah lain, lapor Agensi Berita Sputnik.

“SIE berusaha untuk memastikan pelanggan mencapai tahap kepuasan yang tinggi, oleh itu kami akan tawar bayaran balik secara penuh kepada pembeli  Cyberpunk 2077 melalui PlayStation Store. SIE juga akan mengeluarkan Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store sehingga diberitahu kelak,” menurut SIE dalam satu kenyataan.

“Cyberpunk 2077,” permainan video yang dinanti-nantikan itu dibangunkan CD Projekt Poland, dilancarkan pada 10 Disember.

Walaupun permainan berfungsi dengan baik pada komputer peribadi tetapi pemilik konsol permainan mengalami banyak gangguan kecil yang membuatkan ia tidak mesra pengguna.

— BERNAMA

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang