Siakap Keli

TERKINI: PKPB Dilanjutkan Di Kuala Lumpur & Selangor Kecuali 3 Daerah Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2020

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di 19 daerah di Selangor kecuali daerah Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 31 Disember 2020.

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media yang berlangsung sebentar tadi.

Keputusan ini adalah berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan daripada peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan warganegara.

Sumber: Sidang Media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang