Arab Saudi dilaporkan telah menggantungkan semua penerbangan antarabangsa selama seminggu selepas satu penemuan strain COVID-19 baharu, lapor Gulf News.
Menurut sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, larangan itu juga dikenakan untuk penumpang yang masuk ke negara itu melalui pelabuhan darat dan laut.
“Prosedur ini akan dikaji berdasarkan perkembangan yang berkaitan dengan pandemik dan apa yang diterima dari Kementerian Kesihatan,” kata sumber itu dalam satu kenyataan.
Sejumlah negara Eropah telah mengenakan sekatan perjalanan baharu dan menghentikan penerbangan dari dan ke Britain di tengah ketakutan terhadap penyebaran virus jenis baharu.

Penerbangan asing yang kini berada di Wilayah Saudi akan dikecualikan dan akan dibenarkan keluar.
Larangan itu juga tidak termasuk pergerakan barang, komoditi dan rantai bekalan dari negara-negara di mana virus bermutasi belum muncul seperti yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan dalam koordinasi dengan Kementerian Pengangkutan.
Sementara itu, setiap orang yang pulang dari salah satu negara Eropah atau mana-mana negara di mana wabak itu muncul seperti yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan pada 8 Disember harus dikuarantin di rumah untuk tempoh waktu selama dua minggu mulau dari tarikh mereka tiba di Arab Saudi.
Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan COVID-19 dalam tempoh pengasingan dengan pemeriksaan berulang setiap lima hari.
Sumber: Gulf News