Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Arab Saudi Mula Benarkan Laksana Solat Di Masjidil Haram

Sofea
Gambar Hiasan Via Reuters

Solat berjemaah di Masjidil Haram, Mekah dilaporkan telah dibenarkan setelah 7 bulan ditangguhkan kerana pandemik COVID-19.

Memetik laporan Anadolu Agency, Arab Saudi membenarkan rakyatnya melaksanakan solat di Masjid tersebut pada Ahad.

Pada 4 Oktober lalu, Arab Saudi telah membenarkan rakyatnya dan penduduk bukan warganegara mengerjakan Umrah sepanjang tahun dengan kapasiti 30% atau 6,000 orang setiap hari.

Diikuti dengan keizinan melakukan solat di Al-Masjid al- Nabawi di Madinah pada 18 Oktober lalu dengan 15, 000 jemaah setiap hari.

Sumber: Anadolu Agency