Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempa Bumi Kuat 6.2 Gegar Kawasan Berhampiran Pantai Timur Honshu Di Jepun Pagi Tadi

Sofea
Gambar Via MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 1.23 pagi tadi (waktu di Malaysia).

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini, gempa itu berlaku kira-kira 104 kilometer (km) timur laut dari Hachinohe, Jepun.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sumber: Bernama