Siakap Keli
Kredit: Google

Produk Elektrik Berkualiti ‘Harga Kayangan’? Jangan Risau, Guna ‘Trik’ Ini

Perkara asas ketika membeli perkakasan elektrik ialah mencari produk yang berkualiti dan selamat. Bukan apa, risau jika peralatan murah, ia mungkin tidak berkualiti dan tidak tahan lama.

Lebih merisaukan jika ia tidak mendapat pengesahan SIRIM. Silap hari bulan, boleh direnjat elektrik atau berlaku litar pintas gara-gara peralatan tersebut.

Sudahlah tak tahan lama, waranti pula tak ada. Sekali rosak, kena keluarkan duit sendiri.

Bukan tu je, perkakasan murah juga kadangkala kuat guna elektrik. Nak jimat sekali, tapi kena bayar bil tinggi berkali-kali. Menyesal nanti.

Jadi, macam mana nak jimat? Peralatan macam mana yang perlu kita pilih?

Pilihlah peralatan yang berbaloi dari segi harga, kualiti dan jaminan keselamatannya.

1. Tempoh waranti yang panjang

Tempoh waranti merupakan antara aspek paling penting bila kita membeli barang elektrik. Sebabnya, peralatan elektrik yang rosak mungkin memakan kos yang tinggi untuk diperbaiki.

Tapi dengan waranti yang panjang, anda tak perlu keluarkan duit sendiri. Tambah lagi kalau anda beli di Senheng sebagai ahli AEON PlusOne, siap dapat jaminan tambahan dua tahun daripada waranti asal. Selamat poket!

2. Cekap tenaga

Beli produk yang mempunyai stiker merah berbintang lima. Selain itu, belilah peralatan elektrik yang mempunyai inverter supaya penggunaan tenaga dapat dikurangkan.

Kredit: Suruhanjaya Tenaga

3. Berjenama atau dikenali

Memang adakalanya jenama tak melambangkan kualiti. Tapi produk berjenama lazimnya lebih terjamin berbanding produk lambakan lain kerana mereka perlu menjaga status. Anda juga lebih mudah membuat perbandingan antara produk lain sebelum membeli kerana ia telah banyak diguna pakai orang lain.

“Tapi, produk berjenama dan berkualiti selalu mahal. Harga kayangan.”

Jangan risau. Mari kami kongsikan tips untuk mendapatkan ‘produk kayangan’ pada harga mampu milik. Jom baca.

Jika anda merupakan sebahagian daripada ahli AEON PlusOne, anda boleh membeli produk elektrik idaman di Senheng pada harga yang mampu milik dengan bayaran bulanan serendah RM48 sahaja.

Anda juga boleh mendapat pelan pembayaran fleksibel sehingga 36 bulan tanpa memerlukan kad kredit.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat rebat dengan pembelian pertama di Senheng selain mendapatkan mata ganjaran untuk setiap pembelian. Malah, anda juga boleh mendapat rebat tambahan 2 peratus jika menjadi ahli PlusOne AEON Gold dan PlusOne AEON Lady Gold. Bolehlah gunakan faedah ini untuk beli peralatan seterusnya nanti.

Apa yang paling penting, jika anda membeli di Senheng sebagai ahli AEON PlusOne, anda boleh mendapat jaminan tambahan selama DUA TAHUN!

Daripada waranti asal dua tahun, bertambah jadi empat tahun dengan jaminan Senheng. Tak perlu susah hati lagi jika peti sejuk kesayangan anda menghadapi masalah. Hantar sahaja ke kedai untuk dibaiki semula. Malah, jika perlu, anda juga boleh mendapat jaminan penggantian one-to-one untuk produk terpilih.

Satu lagi masalah bila beli perkakasan elektrik ialah, kos penghantaran. Kadangkala kos penghantaran boleh mencecah puluhan ringgit. Iyalah, kalau namanya mesin basuh pastinya berat, bukan?

Tapi dengan pembelian di Senheng, anda boleh mendapat penghantaran percuma bagi pembelian RM500 ke atas di kawasan 50 kilometer radius dari mana-mana cawangan Senheng.

Semua faedah ini anda boleh nikmati dengan hanya menjadi ahli AEON PlusOne dan berbelanja di Senheng. Dengan yuran serendah RM12 setahun, pelbagai kelebihan anda boleh nikmati untuk kegunaan jangka masa panjang. Jadilah pembeli yang bijak!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran oleh Senheng AEON PlusOne ini, layari laman rasmi mereka di sini.

"