Siakap Keli
Gambar via Newsweek.com

Bagai Melepaskan Anjing Tersepit, Lelaki Dilapor Jadi Mangsa Penderaan Kejam Pasangan Gelandangan Yang Dibantunya

MANCHESTER – Kehidupan yang kononnya indah kini bertukar tragedi, pasangan gelandangan dilaporkan telah melakukan penyeksaan yang kejam terhadap seorang lelaki yang dikatakan telah menjaga mereka. Pasangan tersebut juga dipercayai merupakan penagih dadah.

Mangsa mengatakan bahawa sebelum memutuskan menjaga mereka, dirinya telah menemui pasangan tersebut di jalanan pada bulan Januari 2019. Manakala kejadian mula berlaku pada 13 Febuari 2019 di mana pertengkaran antara mereka bertiga apabila salah seorang menuduh mangsa mencuri dadah mereka, kata Pendakwa Raya Duncan Wilcox.

Menurut laporan dari Newsweek, lelaki yang bernasib malang itu diseksa dengan pelbagai jenis seksaan antaranya dengan menggunakan tukul, pisau dan besi oleh pasangan gelandangan tersebut. Mangsa dikatakan telah diikat, lututnya dipukul dengan tukul, kakinya dibakar dengan pemetik api malah pipinya diseksa menggunakan seterika oleh mereka yang tidak berhati perut itu.

Tambahnya, pasangan itu juga mengurung mangsa di dalam almari selama satu jam, demikian yang didengar oleh Mahkamah Mahkota Manchester Minshull Street.

“Mereka mula membogelkan mangsa dan mendudukkannya di kerusi lalu mengikat kakinya dengan tali kabel. Tali pinggang pula digunakan untuk mengikat pergelangan tangannya.

“Mereka menjerit kepada mangsa supaya mengakui sebelum mereka mula menyeksa mangsa,” kata Pendakwa Raya Duncan Wilcox.

Namun begitu, pasangan gelandangan telah dilaporkan dipenjara atas kesalahan mencederakan mangsa dengan niat.

Sumber: Newsweek.com

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.