JAKARTA – Baru-baru ini, tular kisah seorang pengantin perempuan menerima album solo artis Kai EXO sebagai salah satu barang hantaran perkahwinannya. Kejadian tersebut tular selepas dimuat naik di Instagram oleh salah seorang tetamunya.
Pengantin perempuan yang bernama Grace, 31 mengatakan album tersebut adalah hadiah bahkan hantaran yang istimewa daripada suaminya, Pirzi.
Suaminya memberi hantaran berupa album solo Kai EXO kerana Grace merupakan peminat K-pop terutamanya kumpulan EXO tersebut.

“Suami saya memberikan hantaran album solo Kai EXO kerana saya merupakan peminat K-pop dan saya sangat suka dengan Kai EXO.
“Dari awal lagi, saya memang ingin memiliki album Kai itu.
“Suami saya tidak melarang sama sekali malah dia memahami saya yang minat terhadap artis K-pop,” kata Grace kepada Tribunnews.
Tambahnya, Grace mengakui dirinya gembira dengan suaminya yang sanggup melayan kerenah dirinya. Malah, dirinya mengatakan jarang ada lelaki yang inginkan pasangannya yang bersikap pelik sepertinya.
Sumber: TribunNews