Siakap Keli
Kredit: Google

Luluh Hati Ibu, Wanita Dilapor Temui Foto Anak Gadis Tidak Berpakaian Bersama Kekasih Dalam Telefon Bimbit

Ibu bapa mana yang tidak kecewa ketika mengetahui anak yang dikasihi melakukan perkara yang boleh mencemarkan maruah sendiri.

Baru-baru ini di Belitung, Indonesia, perbuatan seorang remaja bersama kekasihnya dilaporkan terbongkar apabila ahli keluarga remaja itu menemukan gambar tanpa pakaian di dalam telefon bimbit miliknya, lapor Tribun News.

Menurut portal itu, tembelang remaja 17 tahun dengan pasangannya berusia 22 tahun pecah apabila kakaknya membuka galeri telefon remaja berkenaan dan mendapati terdapat gambar kedua-duanya dalam keadaan tanpa seurat benang.

“Awalnya kakak mangsa masuk ke biliknya, mendapati telefon milik remaja itu. Setelah dibuka galerinya, ada gambar mangsa dan suspek tidak berpakaian,” ujar wakil polis Kabupaten Ogan Komering Ulu Timur, AKP I Putu Suryawan.

Berikutan itu, kakak dan ibu bapa remaja itu mendesaknya agar mengakui apa yang telah mereka lakukan berhubung gambar tersebut, tulis Tribun.

Pada awalnya, remaja itu dikatakan tidak mahu mengaku, namun akhirnya dia mengaku bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan terlarang selepas kelas atas talian.

“Keluarga mangsa tak terima, dan melaporkan hal itu ke pejabat polis,” katanya.

Setelah didesak, akhirnya remaja itu mengaku pernah melakukan persetubuhan dengan kekasihnya, lapor portal tersebut.

Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan polis selepas ahli keluarga remaja perempuan itu melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.