Lampu isyarat kenderaan adalah salah satu komponen terpenting pada sesuatu kenderaan dalam mengelakkan berlakunya kemalangan.
Lampu isyarat kenderaan juga memainkan peranan yang cukup penting bagi memberi isyarat kepada pengguna jalan raya yang lain tentang hala tuju pemandu.
Justeru daripada itu, penggunaan lampu isyarat kenderaan tidak boleh diabaikan oleh setiap pemandu.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi laman Twitter rasminya ada berkongsikan berkenaan bila waktu yang perlu menyalakan lampu isyarat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti demografik seperti berikut:
Nyalakan lampu isyarat sebelum bertindak pic.twitter.com/DHjWVIkqXQ
— JPJ Malaysia (@JPJ_Malaysia) December 23, 2020
Sumber: JPJ