RUSIA – Kawanan lembu di sebuah pekan kecil, Oymyakon dipercayai memakai baju dalam khas yang diperbuat daripada kulit dan bulu sepanjang berlaku musim sejuk.
Penternak tempatan, Nikolay Atlasov yang berusia 70-an mengatakan baju dalam tersebut sangat sesuai untuk melindungan haiwan berkenaan ketika musim sejuk. Beliau memakai pakaian yang berbentuk segi tiga tersebut pada badan lima ekor lembu yang diternaknya kerana suhu di pekan Oymyakon sudah mencecah minus 45C.
Tambahan itu, setiap kali lembunya pergi ke lopak air untuk minum, Atlasov akan mengenakan lembu dengan baju dalam tersebut. Hal ini kerana, suhu di kawasan berkenaan berkemungkinan mencecah di bawah minus 60C.
“Ini adalah cara lembut Yakut menghabiskan musim sejuk dan haiwan tersebut merupakan sumber pendapatan kami,” kata Semyon Sivtsev yang merupakan penduduk tempatan yang turut merakam video tersebut.
Menurut laporan, baju dalam tersebut diperbuat daripada kulit kambing biri-biri atau bulu arnab, malah biasanya kot musim sejuk pemilik yang tidak digunakan lagi turut dijadikan baju dalam tersebut.
Selain itu, baju dalam tersebut didakwa dapat melindungi kulit lembut terutamanya bahagian puting susu dan menjimatkan hingga dua liter susu bagi seekor lembu, kata penduduk tempatan.
“Perkara utama adalah memastikan haiwan itu kekal hangat dan haiwan itu tidak memakai pakaian lain selain baju dalam tersebut,” kata Semyon.
Bagaimanapun, perkampungan tersebut didakwa sebagai tempat yang paling sejuk di dunia dan ia turut dikenali sebagai Pole of Cold.
Sumber: Daily Mail