Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Rakaman Menyerupai Bola Api Gergasi ‘Lintasi’ Ruang Langit Bikin Penduduk Setempat Terkejut

Satu bola api besar dilaporkan telah dilihat melintas di langit sebuah daerah di selatan China, lapor Daily Mail.

Rakaman yang diambil oleh penduduk tempatan memaparkan sebuah objek yang tidak dikenali dilitupi api menjunam dengan laju ke bumi.

Tidak dapat dipastikan berkenaan apa sebenarnya objek tersebut, namun media tempatan percaya bahawa ianya adalah kemungkinan meteor yang sangat terang. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pelbagai klip di media sosial China memaparkan bebola api yang disyaki meteor itu menerangi langit ketika menjunam ke daerah Nangqian di daerah Qinghai, China.

Kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira jam 7 pagi pada hari Rabu. Penduduk tempatan melaporkan bahawa mereka telah mendengar satu bunyi yang kuat.

Salah satu video yang dikongsi oleh seorang blogger sains di Weibo merakamkan detik bebola api itu menerangi awan seperti yang dilihat oleh seorang penumpang dalam penerbangan dari Xi’an ke Lhasa.

Dalam rakaman lain, objek yang terbakar itu dilihat turun dengan laju menuju ke bukit dan ladang.

Dalam klip ketiga, bebola api itu menjadi lebih terang dan lebih besar ketika ianya menghampiri tanah.

Dan Ba, seorang penduduk tempatan, menyatakan bahawa dia telah menyaksikan bebola api itu semasa dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.

“Ianya bermula dengan sangat kecil, namun tiga minit kemudian ia menjadi sangat besar dan cerah,” katanya kepada Pear Video.

Yu Jun, ketua penulis laman web sains China Guokr, memaklumkan kepada Beijing News bahawa bebola api itu kelihatan seperti bolide, iaitu meteor yang sangat terang.

Pusat Rangkaian Gempa Bumi China menyatakan bahawa pihaknya mengesahkan kejadian tersebut. Menerusi akaun sosial medianya, mereka mengesyaki bahawa sebuah bolide telah mendarat di antara sempada Nangqian County dan Yusu County pada pukul 7.25 pagi.

Majlis Daerah Nanxiang memberitahu Red Star News bahawa mereka telah dimaklumkan berkenaan perkara itu namun perinciannya tidak berapa jelas.

Sumber: Daily Mail

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "