Siakap Keli
Gambar: BBC

Strain Baharu COVID-19 UK Dilapor Mula Tersebar Luas, Kini Dikesan Di Eropah, Jepun & Kanada

Strain baharu COVID-19 yang dikesan buat kali pertama di United Kingdom (UK) kini telah tersebar ke serata Eropah serta Kanada dan Jepun.

Terdapat juga kes yang dilaporkan di Sepanyol, Switzerland, Sweden dan Perancis yang didakwa melibatkan mereka yang pulang dari UK.

Malah laporan BBC memaklumkan, ada sepasang individu di Ontario, Kanada dijangkiti strain baharu tersebut tanpa sebarang sejarah perjalanan dari luar negara mahupun kontak berisiko tinggi.

Jepun pula dilaporkan telah menyekat kemasukan warga asing daripada memasuki negara itu selama sebulan bermula Isnin.

Dalam masa sama, beberapa negara di seluruh dunia mula menguatkuasakan sekatan perjalanan antarabangsa sejak minggu lepas.

Sementara itu, beberapa negara di Eropah dilaporkan telah memulakan proses vaksinasi ke atas rakyatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Petugas kesihatan di timur laut Jerman pula dimaklumkan tidak boleh menunggu ketibaan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech di negara itu.

Malah langkah pencegahan awal sebaliknya dimulakan dengan memberi perlindungan imunisasi kepada warga emas di rumah jagaan orang tua di Halberstadt.

Manakala di Hungary, individu pertama yang akan disuntik vaksin ialah doktor-doktor di Hospital Del-Pest Central, selain Slovakia juga turut sudah memulakan vaksinasi mereka.

Menurut laporan itu lagi, pakar berpendapat strain baharu COVID-19 kali ini mungkin pernah dikesan di UK terlebih dahulu kerana kekuatan sistem pengawasan di sana.

Difahamkan, strain baharu jauh lebih mudah ditularkan berbanding sebelumnya, bagaimanapun tahap bahayanya belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Sumber: BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'