Demi mencari sesuap rezeki buat keluarga, seorang ayah di Jakarta sanggup bekerja sambil mengendong anaknya di bahu sambil menyanyi di jalanan.
Menurut perkongsian Suara.com, Wahyu, 30 tahun bekerja sebagai seorang penghibur dengan memakai maskot di Jalan Pangeran Antasari, Jakarta Selatan. Lelaki yang berasal dari Jogjakarta itu dikatakan terpaksa bekerja sebagai penghibur selepas kehilangan pekerjaan sebagai pemandu pengangkutan awam akibat pandemik COVID-19.
Dalam perkongsian gambar oleh Bisnis.com, kelihatan lelaki itu mengendong seorang kanak-kanak sambil memakai maskot. Dalam salah satu gambar mereka, kelihatan kanak-kanak itu seakan tertidur di atas bahunya. Kedua-duanya juga dilihat berehat di tepi jalan sambil lelaki itu menanggalkan topi maskot dipakainya.




Sumber: Suara.com