Gejala pening kepala mungkin boleh jadi penanda beberapa gangguan kesihatan, antaranya darah rendah dan vertigo. Vertigo merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan anda berasa tidak seimbang, sakit kepala dan juga loya.
Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan, masalah ini boleh berpunca daripada jangkitan ataupun perubahan tekanan di dalam telinga. Ia juga boleh terjadi akibat trauma pada bahagian leher atau kepala selepas berlakunya kemalangan (WebMd, n.d).
Antara simptom vertigo ialah sakit kepala, muntah-muntah, berpeluh, pergerakan mata ke tepi beberapa kali (Nystagmus), rasa kepala berpusing, rasa tidak stabil, rasa bergoyang dan telinga berdesing.
Ia mungkin bersifat sementara, namun jika ia berlarutan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor.
Pernahkah anda berasa kepala berpusing-pusing dan rasa tidak seimbang selepas bangun tidur? Anda mungkin mengalami ‘VERTIGO’.
Ini disebabkan disebabkan gangguan di bahagian telinga seperti; jangkitan dalam telinga, cecair terkumpul dalam telinga dan perubahan tekanan dalam telinga selain faktor umur.
Dalam kebanyakan kes, ia akan hilang sendiri tetapi jika berlarutan, dapatkan rawatan daripada doktor.
