Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Dibunuh dalam satu kejadian di Klang, Selangor pada 23 Disember yang lalu, pemergian gadis warga Indonesia meninggalkan kesan yang mendalam buat ahli keluarganya.
Menurut Tribun News, ibu mangsa yang tinggal di Desa Simpang Empat, Kabupaten Asahan, Sumatera Utara itu mengatakan bahawa anak kelimanya tersebut tidak dapat dihubungi kerana mengganti nombor di aplikasi WhatsApp miliknya sebelum diketahui telah meninggal dunia.
“Saya hairan sebab biasanya di akan menelefon pada waktu maghrib tapi minggu lalu di tidak membuat sebarang panggilan,” katanya.
Gadis itu datang ke Malaysia bersama kakaknya yang berusia 20 tahun.
“Kakaknya beritahu bahawa dia(mangsa) telah menukar nombor dan mengatakan bahawa dia baik-baik saja di sana,” ujarnya lagi.
Wanita itu juga mendedahkan kiriman media sosial anaknya yang sangat menyentuh hatinya, kiriman itu dipercayai seperti memberi bayangan mengenai ‘pemergiannya’.
“Aku akan dipinang malaikat maut, aku akan dibawa oleh malaikat maut, aku dipinang dengan kain putih, itu yang dimuatnaik dalam media sosial miliknya” kata wanita itu kepada Tribun Medan.
Dalam kejadian pada 23 Disember lalu, mangsa ditemui dengan kesan tikaman di leher dan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah kedai dekat Taman Seri Andalas.
Sumber: Tribun News