Siakap Keli

Jangan Terus ‘Start’ Enjin, Ini Cara Anda Perlu Buat Untuk Kereta ‘Push To Start’, Elak Kesan Buruk Jangka Panjang

Kebanyakan kereta keluaran terbaru menggunakan sistem ‘push start button’ untuk menghidupkan kereta. Sistem yang direka ini bukan sahaja menampakkan kereta lebih berteknologi dan moden, tetapi sangat memudahkan pemandu. Masuk sahaja kereta, tekan button dan terus jalan!

Namun, tahukah anda cara ini sebenarnya salah kerana boleh memberi kesan buruk pada jangka masa panjang kepada kenderaan anda.

Rupanya, terdapat cara betul yang disarankan oleh seorang individu untuk menghidupkan kereta supaya dapat memanjangkan jangka hayat sistem kereta anda. Hanya guna tiga kaedah!

WANITA PUN KENA AMBIL TAHU.

Pagi ni saya masuk kereta, teringat nak share satu tips. Kebanyakan kereta baru sekarang, ada push start button ni, tanpa cucuk lubang kunci untuk hidupkan enjin.

Tetapi kunci tu kena ada bersama kita la, biasanya di simpan di dalam poket. Kebanyakan orang masuk dalam kereta, tekan brek dan terus tekan button start-stop ni, enjin terus dah boleh hidup. Biasa korang buat macam ni kan?

Sebenarnya cara itu boleh beri kesan buruk pada jangka masa panjang!

Cara TERBAIK, masuk ke dalam kereta, 1st step cuma perlu tekan start stop button tu sahaja, tanpa memijak pedal brek, biarkan panel instrument je yang menyala dulu, biar kan dalam 5-7 saat.

Lepas tu barulah tekan pedal brek dan tekan sekali lagi untuk hidupkan enjin pula. Ini untuk pastikan cara yang betul ini tadi, komputer box yang mengawal semua sistem dalam kereta, sempat menghantar semua signal ke bahagian komponen dan sensor yang penting pada seluruh kereta tanpa dalam keadaan terkejut.

Barulah komponen di dalam enjin dan kereta semua bertahan lebih lama, tak mudah rosak, yang penting tak menganggu urusan kerja especially tengah berbisnes!

Satu lagi, kurang menyusahkan orang lain jugak! Lepas ni boleh ikut cara ni. Semoga bermanfaat.

*Secara logiknya, sebelum penggunaan push start button, kita menghidupkan kereta secara manual juga menggunakan tiga kaedah.

Masukkan kunci kereta, pulas kunci untuk melihat simbol pada dashboard dan pulas kunci sekali lagi untuk menghidupkan enjin.

Sumber: Khairul Fazzly

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.