Siakap Keli
Gambar Via Metro.co

(Video) Viral Rakaman Lelaki Terlentang Selepas Ditendang Kangaroo

Satu rakaman yang telah tular menyaksikan detik-detik ‘pertarungan’ yang ‘mendebarkan’ di antara seorang lelaki dan seekor kangaroo yang berlaku di Australia.

Menurut Metro.co, haiwan itu dipercayai telah menggali lubang di kebun depan rumah Mitchell Robinson di South West Rocks di New South Wales pada Khamis.

Lelaki itu mengambil keputusan untuk menggerakkan kangaroo besar itu sambil melindungi anak-anaknya.

Namun haiwan itu dengan melompat ke arahnya dan menyerang dengan penuh kemarahan.

Gambar Via Metro.co

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kangaroo itu memukul Mitchell dengan kaki kemudian menendangnya hingga jatuh tersembam ke tanah.

“Kangaroo itu hanya memandang dan Mitchell cuba untuk menghalaunya dari situ namun haiwan itu tanpa dijangka menyerang Mitchell,” kata salah seorang rakan Mitchell.

Dalam menghadapi serangan haiwan itu, Mitchell kurang bernasib baik kerana lengannya pada ketika itu sebenarnya sudah patah.

Pun begitu, dia tidak mengalami kecederaan yang serius dalam serangan tersebut.

Kerana krisis musim panas di dalam hutan, banyak kangaroo dipercayai mula keluar ke pinggir bandar untuk mencari rumput dan makanan yang lebih hijau.

Sumber: Metro.co

Sofea

There's always another side to every story