Siakap Keli
Gambar : Google

Awas, Bahaya Minum Air Panas Guna Cawan Kertas, Ini Alasannya

Bagi penggemar kopi, mereka akan menikmati setiap hari pada waktu pagi dan malam sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Mereka yang tidak sempat minum kopi di rumah, mungkin akan beli di mesin air di pejabat atau di luar. Perkhidmatan mesin menjual air atau di pejabat kebanyakannya menggunakan cawan kertas. Tahukah anda setiap hari minum air kopi yang panas bersama cawan kertas mengundang bahaya terhadap kesihatan?

Cawan kertas kertas dibperbuat dari kertas sebanyak 90% hingga 95% dan selebihnya sebanyak 5% hingga 10% adalah plastik hidrofobik. Selain itu, ia mengandungi lapisan dalaman yang diperbuat daripada Polyethylene (PE). Satu kajian telah dijalankan kepada bekas makanan atau minuman yang diperbuat daripada kertas mengandungi bahan kimia dan bahan berbahaya yang sering digunakan oleh manusia seharian.

Pengggunaan bahan dari kertas atau plastik yang diperbuat daripada mikroplastik ini masih tidak dikawal oleh pihak berkuasa. Hakikatnya, penggunaan bahan mikroplastik sebenarnya telah diguna pakai dalam banyak bahan makanan seperti garam, susu berjenama, ikan, makanan laut, teh dan banyak lagi. Makanan dalam bekas tersebut sebenarnya memberi kesan bahaya terhadap kesihatan yang ramai tidak tahu.

Gambar Via Science Direct, para penyelidik telah melakukan satu kajian iaitu mereka telah menuangkan air panas ke dalam cawan kertas pakai buang dan biarkan ia selama 15 minit. Setelah itu, mereka membuat analisis terhadap air tersebut untuk mengenal pasti adakah wujud mikroplastik dan ion tambahan atau bahan-bahan lain yang telah larut dalam cawan kertas tersebut. Mereka dapati dalam beberapa minit kemudian terdapat perubahan yang berlaku yang mengubah sifat pada cawan itu.

Di samping itu, para penyelidik juga mendapati sebanyak 25,000 zarah mikroplastik berukuran mikron diletakkan ke dalam 100 ml cecair panas bersamaan  85 hingga 90ºC selama 15 minit. Maka, boleh dikatakan mereka yang sering minum air kopi sebanyak 3 cawan setiap hari dengan cawan kertas telah memakan 75,000 zarah mikroplastik kecil.

Namun begitu, para penyelidik akui bahawa kemudahan seperti cawan kertas atau plastik masih sukar untuk diganti terutama dalam persekitaran pejabat moden yang menggunakan perkhidmatan mesin menjual kopi.

Kesan akibat yang berlaku jika kerap menggunakan cawan kertas bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada manusia tetapi kehidupan laut apabila ada yang membuang barangan plastik dan kertas ke dalam laut. Kesan partikel mikroplastik ini ia boleh meningkatkan risiko kanser, masalah organ dan membantutkan perkembangan kanak-kanak.

Sehubungan dengan itu, untuk mencegah perkara ini berlaku, anda boleh membawa cawan di rumah setiap hari dan diletakkan di pejabat atau dibawa ke dalam beg. Ini akan mengelakkan anda daripada terkena risiko yang berbahaya terhadap cawan kertas atau plastik.

Sumber : Zme Science

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.