Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Anda Dalam Bahaya,” KWSP Ingatkan Jangan ‘Share’ Maklumat Bank Dan Status Kelulusan i-Sinar Di Media Sosial

Gambar: Bernama & KWSP

Sejak kebelakangan ini, terdapat diantara ahli KWSP yang berasa teruja kerana status permohonan i-Sinar mereka telah berjaya diluluskan.

Disebabkan keterujaan itu, ada segelintir yang telah memuat naiknya dan berkongsikan di media sosial mereka berkenaan dengan perkara tersebut.

Sungguhpun begitu, pihak KWSP menerusi perkongsian di laman Twitter rasmi mereka menyeru kepada orang ramai agar tidak berbuat demikian kerana khuatir bahawa ianya mampu mengundang risiko menjadi mangsa penipuan.

Justeru daripada itu, berhati-hatilah dalam berkongsikan segala maklumat peribadi yang berkemungkinan boleh digunakan scammer untuk menjadikan anda mangsa mereka yang seterusnya.

Pihak KWSP juga turut menggesa kepada orang ramai agar laporkan sebarang info yang mencurigakan kepada Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000.

Sumber: @KWSPMalaysia