Siakap Keli

9 Tanda Ini Menunjukkan Anda Sedang Mengalami Keletihan Mental Yang Perlu Diwaspadai

Menjaga kesihatan mental bukanlah hal yang mudah. Lebih-lebih lagi dalam situasi yang mencabar seperti situasi sekarang yang penuh dengan cabaran dan menjadi pencetus stress, kerisauan, cemas dan emosi negatif lainnya. Emosi negatif dapat membuat seseorang mudah merasa kesal, lelah dan bahkan mati rasa. Keadaan ini dapat menyebabkan keletihan pada otak yang mungkin kita tidak sedari.

Psikiatri Margaret Seide, MD menjelaskan, sama seperti otot yang akan keletihan setelah selesai melakukan senaman yang susah, otak juga boleh mencapai titik kepenatan ketika dibaluti dengan emosi negatif. Ketika seseorang yang mengalami kepenatan secara mental berusaha untuk terus bekerja, ada banyak masalah yang boleh ditemui. Misalnya sukar untuk tidur, perasaan hati yang sangat terganggu, kurang sabar dan meningkatnya pengambilan makanan segera karena ingin mencari ketenangan.

Bila dibiarkan, stress berkepanjangan dapat meningkatkan risiko tekanan dan kecemasan. Namun sayangnya, tidak semua orang menyedari tanda-tanda kepenatan mental. Berikut 9 tanda kepenatan mental yang harus diperhatikan.

1. Kurang sabar

Saat mental sedang letih, hal-hal kecil menjadi tidak dapat bertoleransi. Hal ini kerana cadangan emosi semakin sedikit apabila mendapati diri kehilangan kesabaran pada hal-hal yang sebelumnya tidak menjadi masalah,  mungkin itu adalah tanda keadaan mental dalam kepenatan.

2. Mudah tersinggung

Kepenatan mental dapat menyebabkan seseorang terperangkap dalam mood melawan sepanjang waktu. Dirinya akan terus-menerus rasa gelisah dan mudah tersinggung. Hal ini kerana tubuh merasa perlu berjag-jaga terhadap segala kemungkinan bahaya dalam lingkungan sekitarnya.

3. Kesukaran menumpukan perhatian

Memikirkan banyak hal di waktu kebersamaan memang boleh membuat seseorang kehilangan fokus dan susah untuk menumpukan perhatian pada suatu tugas di satu waktu. Tetapi jika ternyata susah untuk menumpukan perhatian dari setiap segi, maka boleh menjadi tanda bahawa otak lemah dan beberapa fungsi dasarnya mengalami gangguan.

4. Terlalu banyak makan makanan ringan atau snek

Kepenatan mental dapat membuat seseorang makan banyak makanan ringan atau snek. Malah bekalan yang ada di rumah juga akan cepat habis. Hal ini kerana ketika mental sedang penat, otak kurang mampu membuat keputusan tepat. Tubuh lebih mengutamakan keperluan untuk bertahan hidup.

5. Insomnia

Kepenatan mental juga boleh mengakibatkan masalah gangguan tidur iaitu insomnia. Seseorang akan merasa sukar untuk melelapkan mata. Keadaan ini terjadi ketika tubuh mengalami kepenatan secara mental tapi tidak dapat memasuki mood ketenangan. “Selain itu, tidur adalah aktiviti aktif. Otak perlu bekerja dengan baik agar memperoleh tidur secara efektif,” kata Seide. Apabila otak mengalami keletihan, maka akibatnya akan sukar untuk tidur. Padahal insomnia atau kurang tidur dapat mengeruhkan lagi kepenatan mental.

6. Istirehat tidak membantu

Kepenatan mental bukan hanya menyebabkan insomnia. Boleh juga waktu tidur dan istirahat fizikal cukup, tapi tidak mampu membuat tubuh merasa segar. Demikian itu, hal yang perlu dilakukan adalah meningkatkan perawatan diri. Psikoterapi Joseph Zagame, LCSW-R mengungkapkan pentingnya merawat diri. “Meluangkan waktu untuk memproses perasaan melaui penulisan jurnal, bercerita kepada teman atau pakar terapi dapat membantu memulihkan tubuh dengan cara yang tidak boleh dilakukan oleh tidur,” katanya. Selain itu, terlibat dalam praktik perawatan diri seperti yoga, meditasi, menghabiskan waktu dengan alam sekitar atau mandi air panas juga boleh membantu meredakan ketegangan.

7. Terbeban dengan tugas kecil

Keletihan secara mental membuat semua hal terasa sukar dan payah. Malah tugas-tugas kecil seperti melipat baju rasanya sukar untuk dilakukan.

8. Mati rasa

Beberapa orang mungkin akan menangis atau kesal ketika kepenatan mental terjadi. Tapi ada yang tidak merasakan apa-apa terhadap hal buruk mahupun baik, iaitu mati rasa. Hal itu disebabkan oleh sudah merasa terlalu letih dengan hidup sehingga tidak dapat memproses emosi dan tidak peka.

9. Lebih sering berdebat

Kepenatan mental membuat ketegangan terus meningkat. Akibatnya seseorang menjadi lebih sering berdebat dan tidak sepakat dengan pendapat orang lain. “Ini adalah petunjuk bahawa keperluan tidak dipenuhi dan rasa kecewa muncul dalam interaksi dengan orang lain,” jelas Zagame.

Sumber- Fatherly

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.