Siakap Keli
Gambar: SMAHI

‘Abang’ Suami Kalau Nak Beli Alat Memasak, Buku Resipi & Makanan, Tak Payah Pergi Kedai, Beli Kat Sini Je

Jika anda seorang lelaki, jangan kata anda cukup ‘jago’ kalau tak kenal dengan Suami Masak Apa Hari Ini atau lebih dikenali sebagai SMAHI.

‘Group’ Facebook ‘brotherhood’ orang lelaki yang mengumpulkan kira-kira lebih 280,000 ahli itu terdiri daripada suami-suami dan juga yang bujang teruna.

Mengimbas kembali, sebelum ini telah banyak SMAHI membuktikan kemampuan kaum lelaki yang bukan sahaja hebat memasak, malah mampu juga untuk membuat aktiviti lain yang bermanfaat.

BACA: Dari “Group” Memasak Para Suami, SMAHI Kini Buat Kerja Amal Pula & Anjur Program Korban

Pada kali ini, SMAHI sekali lagi mara selangkah ke hadapan dalam memacu kehebatan para suami apabila komuniti ini secara rasminya melancarkan kolaborasi eksklusif bersama syarikat e-dagang, Vettons.

Pengasas SMAHI, Mohd Salleh Ab Hamid berkata, kolaborasi ini akan mengetengahkan beberapa produk jualan SMAHI seperti buku resipi, keperluan dan peralatan memasak, termasuklah barangan makanan.

Gambar: SMAHI

“Melalui platform Vettons, salah satu nilai yang dijanjikan ialah proses penghantaran jualan dalam jangka masa yang lebih efisien.

“Senarai produk jualan dari jenama yang asli yang dikawal, serta ketulenan sesuatu produk menjadikan pilihan tepat oleh SMAHI untuk pasaran jenama mereka.

“Lebih-lebih lagi dengan adanya pilihan penghantaran dalam hari yang sama bagi membuka peluang kebolehpasaran jualan, terutama sekali melalui tawaran harga pengeposan hanya pada kadar RM2,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam masa sama, Vettons juga turut akan mengadakan beberapa program untuk menembusi setiap lapisan pasaran di Malaysia.

Gambar: SMAHI

Pilih & beli guna teknologi moden

Selain itu, kaedah pembelian juga dilaporkan akan menggunakan medium teknologi yang lebih efektif, sesuai dengan keadaan semasa.

“Vettons turut memperkenalkan kepada industri melalui teknologi ‘Augemnted Reality’ untuk membantu pembeli menggunakan konsep visual bagi keperluan rumah seperti perabot di bilik tidur, dapur, ruang rehat dan hiasan dalaman,” tambah kenyataan tersebut.

Difahamkan, produk-produk edisi terhad juga turut dipromosikan dari semasa ke semasa dan boleh didapati secara eksklusif di platform Vettons.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan baucer tunai bernilai RM10 dengan menggunakan kod VTSMAHI10 apabila anda berbelanja sebanyak RM20 dan ke atas di Vettons.

Bagi para suami dan kaum lelaki yang ingin mendapatkan pelbagai barangan memasak pilihan hati, bolehlah bertandang untuk mencuci mata di Vettons melalui pautan INI.

Ingat, beras kita beli. Vettons kita joli.

Gambar: SMAHI

Sumber: SMAHI

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'