Siakap Keli
Kredit: Google

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz Umum Tarik Balik Sokongan Terhadap PM

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz secara rasminya menarik semula sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nazri menerusi satu sidang media yang disiarkan Astro Awani, beliau berkata keputusan tersebut adalah demi kebaikan dirinya dan juga masa depan parti UMNO.

“Kita tidak menentukan bila pilihan raya tetapi dengan menariknya sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin, ini bermakna bahawa hari ini kerajaan sudah ada 109 sahaja (kerusi), sudah tidak ada majoriti.

“Jadi inilah keputusan yang saya buat,” katanya dalam sidang media tersebut.

Difahamkan, berkemungkinan akan ada ahli parlimen lain yang turut akan menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri untuk membentuk kerajaan.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Siaran Langsung Astro Awani

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'