Siakap Keli
Gambar Via Detik.com

(Video) Jokowi Jadi Orang Indonesia Pertama Disuntik Vaksin COVID-19, Doktor Yang Menyuntiknya Pula Jadi Perhatian Kerana Menggigil

Indonesia hari ini menyaksikan detik di mana Presiden negara itu, Joko Widodo (Jokowi), telah menjadi orang pertama yang disuntik vaksin COVID-19.

Penyuntikan vaksin dos pertama itu telah dilakukan di Kompleks Istana Presiden di Jakarta.

Menurut CNN Indonesia, vaksin COVID-19 itu dibuat oleh syarikat China, Sinovac.

Pun begitu, detik ketika suntikan tersebut menjadi perhatian warganet di sana kerana tayangan close up yang menunjukkan tangan doktor yang menyuntik vaksin itu menggigil.

Doktor itu merupakan Timbalan Ketua Pasukan Presiden Doktor, Prof Abdul Muthalib.

Menurut Detikhealth, doktor itu mengatakan bahawa tidak berlaku sebarang masalah semasa penyuntikan tersebut malah tiada pendarahan sekalipun.

Setelah disuntik, Jokowi juga mengakui bahawa dia tidak merasa sakit.

“Alhamdulillah saya berhasil menyuntikkan vaksin kepada presiden tanpa rasa sakit,” katanya.

Tambahnya, dia hanya gementar pada awal sahaja dan itu menyebabkannya menggigil, selebihnya ia dapat diatasi, lapor Voi.

“Kerana pertama di Indonesia, pada mulanya saya gementar, setelah itu tidak ada masalah,” katanya.

Selain Jokowi, Ketua Persatuan Doktor Indonesia juga disuntik dengan vaksin itu, diikuti oleh artis terkenal Indonesia, Raffi Ahmad.

Sumber: Detikhealth

Sofea

There's always another side to every story