Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

COVID-19: Perempuan Berusia 27 Tahun Dan 34 Tahun Antara 15 Kes Kematian Hari Ini

Putrajaya, 14 Jan – Sebanyak 15 kematian akibat COVID-19 telah dicatatkan hari ini, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, tiga daripada pesakit adalah berusia kurang 40 tahun iaitu 27, 34 dan 37 tahun.

Kes kematian ke-565 merupakan seorang wanita berusia 27 tahun yang mempunyai penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE)Pesakit telah disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Sementara itu, seorang wanita berusia 34 tahun turut direkodkan meninggal dunia hari ini. Pesakit yang mempunyai masalah obesiti disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang, Selangor.

Selain itu, juga di Selangor, seorang wanita bukan warganegara berusia 37 tahun yang merupakan pesakit nombor 111710 telah dilaporkan meninggal dunia  Beliau yang mempunyai penyakit kencing manis disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang.

Pesakit tertua disahkan meninggal dunia seperti direkodkan hari ini adalah seorang warga emas perempuan berusia 91 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, paru-paru kronik dan kebutaan. Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Sehingga kini, sebanyak 578 kematian telah direkodkan, bersamaan 0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia.

Seramai 195 kes positif COVID-19 kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut adalah perincian kes kematian COVID-19 seperti yang direkodkan setakat 12 tengah hari ini:

Takziah diucapkan buat semua ahli keluarga mangsa.

Sumber: KP Kesihatan

 

Malaysia Lakar Sejarah Penting, Visi Putrajaya 2040 Dapat Kata Sepakat Pemimpin Negara Asia Pasifik

Posted by Siakap Keli on Thursday, December 24, 2020