Siakap Keli
Gambar Hiasan Via TBK Magazine

Jangan Curah Air Sejuk Dalam Kuali Yang Masih Panas, Ini Sebabnya

Apabila telah siap memasak, kebiasaannya kuali atau periuk yang digunakan akan terus diletakkan di dalam sinki dan dicurah dengan air paip bagi ‘menyejukkan’ alatan itu dan terus dibasuh.

Pun begitu, tindakan tersebut sebenarnya memberi kesan yang tidak elok pada kuali.

Menurut Huff Post, mencurah air sejuk ke kuali yang panas akan menyebabkan berlakunya thermal shock yang mungkin akan merosakkan kuali itu.

Dengan penurunan suhu kuali yang cepat, keretakan akan berlaku dan menyebabkan bahagian bawah kuali tidak rata dan tidak akan ‘duduk’ seimbang pada dapur gas atau dapur elektrik.

Untuk mengelakkan kesan tersebut, kuali itu perlulah dibiarkan sejuk dengan sendiri dan setelah itu barulah ia boleh dibasuh dengan air sejuk.

“Logam mengembang dalam jumlah kecil ketika dipanaskan dan ia akan mengecut ketika disejukkan, ia disebut sebagai thermal expansion dan thermal contraction,” kata pengurus produk untuk All-Clad, Philicia Frasson.

Tambahnya, lebih baik biarkan sahaja peralatan memasak itu sejuk sedikit demi sedikit sebelum membasuhnya dengan menggunakan air sejuk.

Sumber: Huff Post

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.