Siakap Keli
Gambar : Google

Macam Mana Nak Pilih Dapur Gas Murah Tapi Berkualiti? 4 Tips Anda Perlu Tahu

Pemilihan dapur gas penting untuk pastikan ketahanan dan kualitinya dapat bertahan lama. Walaupun ada sesetengah dapur gas boleh didapati dengan harga murah, namun kualitinya tidak kekal lama disebabkan bahan-bahan yang tidak sesuai digunakan ke dalam dapur anda.

Bagi suri rumah, sudah semestinya memasak adalah sebuah tugas yang wajib dilakukan setiap hari. Mereka akan masak pelbagai jenis masakan menggunakan dapur gas. Kadangkala dapur gas yang digunakan menghadapi masalah seperti sukar untuk nyalakan api, dapur gas yang tersumbat dan banyak lagi.

Penting untuk anda ambil tahu material dan jenis bahan dapur gas supaya ia tidak merugikan wang anda membeli dapur gas yang mahal tetapi tidak berkualiti. Justeru, kami akan kongsikan beberapa tips pemilihan dapur gas yang berkualiti sesuai digunakan oleh setiap dapur di rumah.

(1) Jenis

Rekaan dapur gas pada masa kini mempunyai pelbagai jenis. Ada yang menggunakan kaedah pencucuh manual, built-in dan portable. Ramai lebih memilih dapur gas elektrik kerana ia mungkin selamat dari bahan bakar api. Namun begitu, jenis dapur gas elektrik juga mungkin akan memakan kos yang agak tinggi. Selain itu, pemanasan makanan dalam dapur jenis elektrik berlaku mengikut kadar suhu yang diperlukan. Berbeza dengan jenis dapur gas, walaupun harganya jauh lebih murah, ia membenarkan anda mengubah suhu dengan pantas dan mudah untuk mengawal cara makanan dimasak.

Gambar : Google

(2) Saiz

Pemilihan dapur gas bergantung pada saiz ruang bahagian dapur anda. Periksa ketinggian, lebar dan kedalaman hob. Bagi mereka yang memilih dapur gas jenis built-in, rekaan hob mungkin sedikit menonjol dari dapur gas jenis yang lain.

Sekiranya anda pertama kali mendapatkan hob dapur, pastikan anda mempunyai ruang khusus untuk meletakkanya di dapur. Secara purata, kebanyakan dapur gas mempunyai kelebaran antara 30 hingga 36 inci.

Gambar : Google

(3) Kawalan haba dan bahan

Perkara yang diutamakan dalam memilih dapur gas adalah dari segi bahan. Ini kerana dapur gas yang digunakan dalam jangka masa yang lama perlu pilih bahan yang tidak mudah karat dan kukuh.

Anda boleh dapatkan dapur gas yang diperbuat daripada stainless steel supaya ia boleh memberi pengudaraan yang baik dan lebih tahan lama.

Selain itu, anda juga boleh pilih bahan yang diperbuat daripada seramik kaca. Hal ini kerana bahan dan permukaannya mudah untuk dikendalikan seperti mudah untuk membersihkan kawasan yang kotor sekaligus  dapat bertahan selama bertahun-tahun, sambil mengekalkan rupa yang menarik.

Di samping itu juga, anda perlu pastikan dapur gas yang dipilih mempunyai kawalan haba yang baik supaya memudahkan anda memasak mengikut suhu yang mudah untuk dikawal.

(4) Jenama

Pilih jenama dapur gas yang menjanjikan keselamatan dan boleh bertahan lama. Elakkan pilih harga yang murah dan pada akhinya memberi kesan yang bahaya kepada dapur dan rumah anda. Pilih dapur gas dengan harga yang berpatutan supaya ia lebih berkualti di samping menjamin keselesaan anda masak dengan penuh keyakinan tanpa bimbang dengan sebarang kerosakan.

Sumber: Arzooo.com