Kematian merupakan satu perkara yang pasti akan dilalui oleh setiap manusia. Namun, kehilangan insan tersayang, lebih-lebih lagi ahli keluarga sendiri, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.
Apatah lagi jika pemergian itu berlaku secara tiba-tiba. Dalam keadaan masih terkejut dan bersedih, ada antara kita yang mungkin buntu memikirkan apa yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Siapa yang perlu dihubungi? Bagaimana pula dengan urusan pengesahan kematian dan pengebumian?
Perkara yang jarang difikirkan sebelum ini tiba-tiba perlu diuruskan dalam waktu yang singkat.
Sebab itulah, pengetahuan tentang langkah awal apabila berlaku kematian penting untuk kita ambil tahu. Sekurang-kurangnya, ia dapat membantu ahli keluarga menguruskan perkara yang diperlukan dengan lebih teratur.
Berikut min kongsikan dua langkah awal yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian dalam keluarga
1. Sahkan Kematian

Perkara pertama ialah mendapatkan pengesahan kematian daripada pihak yang berkenaan. Prosesnya bergantung pada lokasi kematian, sama ada di hospital, klinik atau di luar fasiliti kesihatan.
Kematian di hospital atau klinik
Sekiranya kematian berlaku di hospital atau klinik, pegawai perubatan akan mengeluarkan surat pengesahan kematian. Dokumen ini diperlukan untuk urusan pengebumian serta pendaftaran kematian di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kematian di rumah atau di luar hospital dan klinik
Bagi kematian di rumah atau di luar fasiliti kesihatan, ahli keluarga boleh menghubungi talian 999 sekiranya memerlukan bantuan bagi pengesahan kematian.
Laporan kepada pihak polis juga perlu dibuat bagi mendapatkan permit pengebumian. Jika terdapat keraguan berhubung kematian tersebut, kes akan dirujuk kepada polis untuk siasatan lanjut dan mungkin melibatkan bedah siasat.
2. Urus Pengebumian

Selepas pengesahan kematian selesai dan kebenaran yang diperlukan diperoleh, urusan pengebumian boleh diteruskan.
Bagi individu beragama Islam, ahli keluarga boleh menghubungi pengurusan jenazah masjid atau surau berhampiran untuk mendapatkan bantuan memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengebumikan jenazah.
Bagi individu bukan beragama Islam, urusan pengebumian boleh dilaksanakan mengikut adat, kepercayaan dan upacara agama masing-masing, dengan bantuan pihak rumah ibadat atau penyedia perkhidmatan pengebumian yang berkaitan.
Bukan Sekadar Urus Kematian, Persediaan Kewangan Juga Penting

Dalam menguruskan kematian ahli keluarga, satu lagi perkara yang tidak boleh dipandang ringan adalah soal kewangan, khususnya bagi mereka yang ditinggalkan.
Ini kerana selain berdepan dengan kesedihan akibat kehilangan insan tersayang, ahli keluarga juga mungkin perlu memikirkan soal perbelanjaan, keperluan anak-anak dan komitmen kewangan lain yang perlu diteruskan selepas pemergian tersebut.
Sebab itulah, persediaan kewangan wajar dimulakan lebih awal. Perancangan yang dibuat hari ini boleh membantu meringankan beban keluarga apabila berdepan perkara yang tidak dijangka pada masa hadapan.
Antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah mendapatkan perlindungan takaful mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Bagi pendeposit Tabung Haji (TH), tahukah anda bahawa terdapat pelan perlindungan takaful yang dikenali sebagai TH Khairat?
Dengan bayaran langganan serendah RM28 setahun, pendeposit boleh mendapatkan manfaat perlindungan asas sebanyak RM12,000 bagi setiap sijil. Pelan ini menyediakan perlindungan terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Sekiranya berlaku kematian pendeposit yang dilindungi, manfaat tersebut dapat membantu menyediakan sokongan kewangan kepada penerima manfaat dalam menghadapi kehidupan selepas kehilangan insan tersayang.
TH Khairat turut menawarkan keistimewaan berupa manfaat perlindungan dua kali ganda sekiranya pendeposit meninggal dunia di Tanah Suci semasa menunaikan ibadat haji, tertakluk kepada syarat perlindungan.
Simpan, Lindung & Menang Bersama Tabung Haji
Selain mendapatkan perlindungan, membina tabiat menyimpan secara konsisten juga merupakan sebahagian daripada persediaan kewangan untuk diri dan keluarga.
Seiring usaha tersebut, TH memperkenalkan kempen Simpan, Lindung & Menang yang berlangsung dari 1 Oktober 2026 hingga 31 Mac 2027, dengan peluang memenangi hadiah utama bulanan berupa simpanan TH bernilai RM15,000.
Menerusi kempen bersama Takaful Malaysia ini, pendeposit yang mempunyai dua sijil TH Khairat aktif di bawah Takaful Malaysia serta Direct Debit bulanan minimum RM200 yang aktif berpeluang menyertai cabutan, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.

Dalam masa sama, TH turut menawarkan kempen #MulaDenganTH dan Jom Istito’ah bagi menggalakkan pendeposit membina simpanan serta melengkapkan perlindungan mereka.
Bagi yang belum mempunyai akaun TH, #MulaDenganTH boleh menjadi dorongan untuk memulakan langkah. Kempen ini melibatkan pembukaan akaun baharu dalam tempoh kempen, pendaftaran sekurang-kurangnya satu sijil TH Khairat di bawah Hong Leong MSIG Takaful, serta pengaktifan Direct Debit baharu minimum RM50 sebulan.

Pendeposit juga perlu mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM5,000 pada hari terakhir setiap tempoh kelayakan bulanan, selain memenuhi syarat kempen yang ditetapkan.
Sementara itu, menerusi kempen Jom Istito’ah, pendeposit sedia ada digalakkan meningkatkan simpanan melalui Direct Debit minimum RM50 sebulan, memiliki dua sijil TH Khairat yang layak dan mengekalkan baki simpanan sekurang-kurangnya RM15,000 dalam tempoh kempen.

Melalui inisiatif ini, pendeposit dapat membiasakan diri menyimpan secara berkala sambil melengkapkan persediaan perlindungan buat diri dan insan tersayang.
Jadi, sementara masih berpeluang, mulakan perancangan mengikut kemampuan masing-masing. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Walaupun kehilangan insan tersayang tidak dapat diganti, persediaan yang dibuat lebih awal boleh membantu meringankan beban kewangan keluarga yang ditinggalkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai TH Khairat, syarat penyertaan dan kempen yang ditawarkan, layari laman rasmi Tabung Haji.
